Khamis, 10 Mei 2012

Dairi budak yatim.

Hari ini adalah first time aku menerbitkan sebuah kisah  tentang kehidupan aku yang selama ini tidak pernah orang tahu dan tidak pernah orang faham. Kewujudan aku di dunia ini adalah untuk merasai nikmat hidup sebagai hamba Allah s.w.t untuk menjadi manusia yang sejati dan menjalani proses kehidupan yang penuh dengan rasa pahit, manis, masam, masin, payau, tawar, hambar dan sebagainya. Aku akan menceritakan hikayat aku disini memandangkan tiada sesiapa pon yang kisah tentang diri aku selain keluarga aku. Maksud aku orang yang tersayang lah.
Aku masih teringat lagi sewaktu masih lagi kecil, sedang merangkak-rangkak perlahan-lahan menyusuri bawah kerusi goyang di Shah alam, rumah pertama aku duduki bersama ahli keluarga ku. Walaupon ketika masih bayi lagi, namun gambaran tersebut masih lagi kekal dalam ingatan aku. Tapi gambaran itu sudah menjadi bayangan sekarang dan aku tak pasti ianya mimpi atau realiti.
Kemudian aku berpindah ke Kelana Jaya, ketika itu umur aku dalam 4-5 tahun. Masih lagi teringat ketika aku menconteng dinding rumah. Ketika itu aku menunjukkan bakat aku.. walaupon aku suka melukis, tapi di dindng lah aku mulakan langkah itu. sama seperti zaman-zaman pra-sejarah yang mencorakkan dinding gua untuk bercerita. Di Kelana Jaya hanya cebisan memori sahaja aku dapat ingat, Jiran sebelah ketika itu sedang menjaga anak orang. Iaitu penjaga budak lah kiranya. Aku ketika itu tidak pandai bercakap, menurut Umi(mak aku) dia kata aku mempunyai masalah pertuturan atau di panggil pelat. Pelat aku ini sangat lah teruk sampaikan Umi dan Abah pun tak paham apa yang aku katakan.
Jadi jiran sebelah itu menjaga sepasang adik beradik dan aku berkenalan dengan kakaknya yang sebaya dengan aku. Nama budak itu ialah Syafinaz, tapi dalam dialek pelat aku panggil dia Sopina.. agak teruk gak aku menyebut. Mungkin telinga dan mulut aku susah nak berhubung. itu sebab bakat melukis Allah bagi kat aku terlebih skill.  Jadi, Syafinaz ini telah berkawan dengan aku dan aku pun berkawan dengan die, walau pun usia masa itu kecil dan tidak tahu apa itu sayang, nyata terbit rasa sayang itu sendiri.
Syafinaz mengajar aku cara percakapan yang betul dan sehingga aku boleh memberi kefahaman kepada Abah. Abah seorang yang penyayang dan tegas kepada anak-anaknya, walaupun begitu dia hebat dari segi pelajaran dan cara bergaul dengan masyarakat. Abah seorang yang suke keluar tabligh, kadang-kadang sampai 40 hari dia keluar. "Keluar" dalam erti kata tabligh ialah keluar ke jalan Allah, kadang-kadang aku keliru dengan perkataan tersebut. Tapi lama-lama ianya sebati dan mula memahami. Abah memang dah lama dah menyertai tabligh ni, semenjak dia duduk dekat England lagi. Mungkin sebelum tu takde lah, semasa duduk kat kampung dulu takde tabligh ni..Tapi memang aku tengok balik gambar lama, takde yang menunjukkan dia ada menyertai tabligh ketika muda remaja dahulu. Aku rasa mungkin ketika dia berada ni England baru dia ikut mubaligh ni. Tapi alhamdullillah, syukur ka hadrat Allah, ahli keluarga aku tahu serba sedikit ilmu agama dan masih lagi mengamalkan amalan Rasullullah. Walaupon jarang dah nak buat tapi masih buat.
Semasa kecil aku sentiasa mengejar kereta Abah ketika hendak pergi kerja, aku masih ingat ketika itu Abah pakai kereta Volvo biru,  sedang melambai-lambai aku sambil memberi flying kiss, ketika itu aku hanya mahukan ciuman seorang ayah yang hendak pergi kerja..hehe, tapi aku ini hanyalah anak manje..walaupon aku anak lelaki sulong dalam keluarga, tapi aku manja dengan kedua umi dan abah..
Ada sekali aku teringat tentang cerita di mana aku hilang, cerita ini aku dengar oleh Umi sendiri, menceritakan aku hilang, dia menceritakan aku hilang dari tengah hari sampai maghrib tak pulang-pulang. Kemudian menuggu kepulangan Abah untuk memberitahu kehilangan aku. Tak lama kemudian aku muncul dengan senyuman dan berkata "Umi, ijam dah balik..." hahaha, tergelak aku sambil mengingati kembali pengalaman tersebut memang aku ada keluar dari tengah hari, tapi aku tak tau hari dah lewat ke tidak tapi aku masih lagi bermain dengan jiran belakang rumah. Kecil-kecil lagi dah reti merayau. Hahaha.. seingat aku aku bermain longkang sampai gatal-gatal badan di gigit nyamuk. Hari dah malam, lalu aku terus pulang kerumah..aku tak ingat rumah siapa aku pergi hari itu, tapi seingat aku ade seorang makcik dan aku beerada di ruang dapur, dia memberi air sirap kepada aku untuk minum kerana haus. Hari semakin malam, makcik itu pun semakin risau dan menyuruh aku pulang ke rumah. Aku ketika itu masih samar-samar dengan kawasan rumah tersebut tapi seingat aku hanya lalu ikut belakang je, kemudian lalu depan rumah. sampai je depan rumah, aku pon masuk kedalam dan aku melihat Umi dan Abah sedang berdiri. Tidak ku tahu mereka sedang risau kehilangan aku. Itu lah tanda kasih sayang seorang ibu yang takut akan anaknya yang hilang..
-to be continue...

Bila aku teringat kembali cerita yang lalu itu aku merasakan yang diri aku ini adalah seorang budak kecil yang nakal dan tak peduli apa orang lain fikirkan, namun begitu keptusan aku membuatkan orang lain risau..hahaha.
Masih aku ingat lagi semasa tinggal di Kelana Jaya, aku selalu mengikuti Abah pergi ke Masjid berdekatan situ. Sebab hari-hari aku ikut, seingat aku ikut waktu solat maghrib sahaja, sebab aku melihat di kaca cermin kereta waktu sedang gelap.
Setibanya aku di dalam masjid itu, aku masih ingat warna ketika itu, warna hijau, masjid itu sangat luas bagiku, tetapi aku didukung sahaja oleh Abah dan memulakan solat bersama imam. Tetapi aku tak de lah solat, aku hanya main-main di belakang ketika itu, biasalah kanak-kanak belum cukup akal dan umur.
Bercerita tentang solat, semasa kecilku sentiasa melihat Abah dan Umi solat bersama, aku tidak tahu sewaktu itu apa yang sedang dilakukan oleh mereka. Pernah seketika, sewaktu Abah dan Umi sujud, aku naik ke belakang mereka, konon-konon naik kuda, seronok.. tapi selepas tu rasa kene cubit, terus turun..hahaha...
Pak Keni, yang selalu juga datang kerumah, mungkin zaman itu zaman belajar dia, aku teringat yang die pernah datang tapi tidak ingat apa yang berlaku. Seperti juga sedara-sedara yang lain datang melepak di rumah aku waktu itu.
Pernah waktu itu, Atok dan Nenek hendak pergi menunaikan Haji. Abah dan yang lain menghantar mereka ke airport Subang Jaya. PakNgah juga ada serta Paklang Mamat. Atok Morib juga ada ketika itu. Atok Morib adalah bapa kepada Abah. Aku panggil Atok Morib sebab dia duduk di Morib, tapi bila jumpa dengan dia aku hanya panggil Atok saja.
...
Malam, masih lagi aku ingat bagaimana aku hendak tidur, aku mengopek-ngopek bibir Umi yang kering tu sampai kadang-kadang berdarah. Sampai kene debik(bantai), hahaha...
Ada satu ketika, sewaktu Umi melahirkan A'e (Shahir) aku hanya tidur dengan Abah, bila mahu tidur seperti biasa lah aku mengopek-ngopek bibir, tapi kali ini bibir Abah..tiba-tiba aku kopek sampai berdarah. Habis kene jerit ngan abah..hahaha...
Semasa A'e di lahirkan itu aku masih lagi tak tahu, sehingga Abah bawak kami ke Hospital SJMC. Baru aku tahu yang Umi sudah melahirkan adik aku. Patut lah aku rindu dan nangis-nangis nak jumpa Umi. Masih ingat lagi gambaran itu, waktunya malam, tepi bangunan.
...
Ada satu kejadian ketika aku masih kecil, masih lagi aku ingat. Waktu itu malam, ketika itu kakak aku Kak Masyitah dan aku sedang bermain-main, entah kenapa kami berdua berkejar-kejar pula. Sedang asyik bermain dan berkejaran, aku berlari ke dapur untuk menyorok, kemudian masuk kebilik air. Waktu itu pintu bilik air zink. keras, warna silver, dan ada sikit karat-karat di bawah pintu tersebut kerana tindakbalas air dan udara.
Menjadi memori apabila ketika sedang bermain kejar-kejar, aku berlari ke dapur dan terus masuk ke bilik air dan bersembunyi di belakang pintu bilik air. Kemudian tiba-tiba akak muncul dan aku menjerit dan berlari-lari tergesa-gesa untuk keluar. Lalu pintu zink itu terapat dengan sendiri dan kaki aku tersepit dibawah pintu tersebut. Lalu kaki aku terkoyak di bahagian belakang pergelangan kaki, menyebabkan kaki aku berdarah dengan banyaknya. Lalu menjerit-jerit kesakitan. Umi tiba setelah mendengar jeritan kesakitan yang aku luahkan lalu Abah dari depan yang sedang membaca bergegas ke dapur melihat apa yang jadi. Dia terkejut melihat darah banyak keluar. Lalu dia mengeluarkan aku dari sepitan pintu itu dan membawa aku ke klinik.
Setibanya dari klinik, Abah meminta kepada pembantu klinik itu supaya dilekaskan rawatan. Kerana kecemasan itu aku di dahulukan. Seorang doktor india, berkepala botak tapi rambutnya masih ada di kelililing. Seingat aku dia memakai cermin mata.
Aku di baringkan secara meniarap dan suruh melihat gambar-gambar haiwan yang ada dileketakan di dinding klinik itu. Abah cube menenangkan aku, tapi memang aku terasa jahitan itu, setiap kali jarum masuk ke kulit aku, menangis aku dibuatnya. Setelah siap di jahit, Abah bawa pulang dan aku pun tertidur.
Semenjak itu aku jalan merangkak sahaja, kerana tak dapat hendak melangkah. mengesot-ngesot kesakitan.


to be continued...

Masih aku ingat lagi ketika itu hendak di masukkan ke sekolah tadika. Seingat aku tadika itu namanya Tadika Sri Pertiwi Kelana Jaya. Kalau masih ade lagi di sana bagus lah, boleh tahu suasananya. Aku pon hampir lupa kawasan itu.
Memang seronok apabila mendapati abah dan umi mendaftarkan aku ke sekolah tadika tersebut. Aku tak sabar hendak sekolah ketika itu. Masih ingat lagi botol air ketka itu. warna merah, kegemaran aku, bawa air oren ke sekolah tadika dan minum ketika haus. Tapi yang paling malas aku nak buat ialah bangun pagi dan pergi sekolah ketika itu.
Hari pertama aku pergi ke sekolah tadika, Umi dan Abah menghantar aku, ramai budak-budak lain sama-sama hadri ketika itu. Maka aku tidak keseorangan. ramai lagi kawan-kawan baru. Di masa sedang menghayati suasana baru di dalam kelas. Aku terlihat Syafinaz pun ada sekali di dalam kelas, mukanya monyok macam geramkan sesuatu. Tapi aku suka kerana ada kawan yang aku kenal di situ. Jadi bermulalah kelas. Ketika itu semua ibu dan bapa haru beredar dari kelas dan aku terkejut kenapa kene macam ini. Abah dan Umi keluar tinggalkan aku, aku mula menangis sebab ketatkutan di tinggalkan. Tapi aku tengok Syafinaz tenang sahaja. Aku tanya die kenapa tak takut? dia cakap nanti abah dengan Umi ambil semula.
Oh!, baru aku tahu macam itu caranya pergi ke sekolah.