Isnin, 21 Jun 2010

persaan terhadap abah.

Hampir 14 tahun abah dah pergi, tapi semuanya berlaku cam semalam. semalam menangis, semalam ketawa, semalam jugak lah aku gembira bersama abah aku. ingat lagi time abah mengejar aku di dalam hujan lebat kerana marahkan seuatu yang aku pun tak paham. mungkin sebab malu dengan adek die pasal aku main sebut je perkataan yang tak patut cakap. Abah juga lah tempat aku meminta-minta barang mainan, walau kadang-kadang aku tak dapat mainan tu, tapi dapat main vedio game. abah juga yang bawak jalan-jalan pada hari sabtu setiap kali die ade kat rumah, wangian yang abah pakai akan selalu aku ingati, bile raya timbul, aku terasa kekurangan sesuatu pada setiap pagi itu. namun wangian yang tak pernah aku lupekan itu membuatkan aku rasa abah sentiasa ada di sisi. Semalam Hari Bapa, nak ucapkan pun takde siae yang nak di luahkan. namun ada juga tempat aku menganggap ayah, Cikgu Rahmat sebagai ayah angkat aku, yang mengajar sera sedikit tentang kehidupan dan sedikit ilmu silat, namun abah kandung layanannya lain sekali. kehidupan tanpanya memang sudah biasa, namun hati kecil ini sering kali excited macam tunggu dia hendak balik dari oversea. rasa macam semua itu akan kembali lagi. kenangan singat, tak sempat mengenal abah dengan dalam. adakah dia berada di dalam ku? begituakah caranya untuk mengenali dia melalui perangai aku? bagaimana......???

Rabu, 2 Jun 2010

silat kunta

Sejarah asal seni silat kunta di Malaysia.

Seni Silat Kunta ini sebenarnya berasal dari tanah jawa dan dibawa kesini (Malaysia). Asal silat Kunta ini sebenarnya telah di ilhamkan oleh Para wali dalam pertapaan mereka di tanah jawa ketika hendak mengalahkan puak ugama hindu yang mengganas ketika itu. Ia telah dibawa oleh seorang pendekar dari tanah seberang dan mengajar seorang anak muridnya yang bernama Wak Fatah. Dalam kebanyakan seni silat yang ada di rantau nusantara ini seperti Silat Chimande, Silat Gayong, Silat Harimau,dan sebagainya menggunakan ilham dari haiwan iaitu gerak haiwan. Perbezaan Seni Silat Kunta dan seni silat lain ialah gerakan langkah, fahaman, dan tidak melibatkan pergaduhan. Didalam bunyi “Kunta” itu sendiri terdapat bebrapa falsafah yang menerangkan apa itu maksud “Kunta” yang sebenarnya. Dalam huruf jawi yang memaksudkan “kunta” itu ialah huruf “Kaf” bermaksud kudrat, huruf “wau” yang bermaksud wajah, huruf “nun” bermaksud neraca, huruf “ta” ialah tertib, dan akhir sekali ialah huruf “alif” bermaksud Iman.

Didalam Silat Kunta tidak mengikat penuntutnya untuk mempelajari ilmu persilatan dari Persatuan silat lain, ini kerana Silat Kunta bukanlah satu badan Persatuan yang tetap. Seni silat Kunta ini hanyalah sekadar salah satu silat kampong yang dimana boleh dipelajari. Seni Silat Kunta ini boleh dipelajari dalam tempoh lima tahun,tiga tahun, mahupun sejam ini kerana seni silat Kunta amat mudah untuk difahamkan dan mudah dipelajari. Ada juga penuntut hanya belajar kefahaman sahaja boleh menewaskan ramai pesilat lain yang telh bertahun mempelajari ilmu tersebut. Kefahaman amat penting dalam Kunta mahupun dalam mana-mana seni silat lain. Seni silat Kunta adalah satu pembelajaran ilmu untuk dipakai sendiri.

Didalam ilmu persilatan sudah pastinya ada pantang larang dan adab yang patut di ikutkan ini kerana adalah untuk menjaga kesopanan manusia pada setiap masa. Dalam pantang larang dan adab yang di ambil berat bukan lah menjadi kesalahan apabila hendak berlatih mesti memakai pakaian khas atau mengikut undang-undang yang telah diberikan. Apabila hendak berlatih silat, Kunta tidak menggariskan undang-undang dalam bentuk pakaian, berkaki ayam atau tidak, atau pun pendatang dari persatuan seni silat lain untuk mempelajari ilmu ini. Cara pembelajarannya boleh dikatakan sepanjang hayat.

Asal Kedatangan.

Senjata Rasmi

- Senjata yang di gunakan didalam ilmu persilatan Kunta adalah banyak sekali, dari keris hinggalah ke pedang. Tetapi apa yang hendak dikatakan disini ialah senjata rasmi dimana ilmu prsilatan jarang menggunakannya, jika ditengok ia adalah senjata seperti pasukan ninja. Sebenarnya ia adalah “Tekpi”, “Tekpi” lebih dikanali sebagai “cabang” dalam nama senjata melayu, manakala orang jepun pula menyebut “Sai”. Ia sebenarnya serupa cuma dari segi bahasa dan penggunaannya sahaja berbeza. Pada pendapat orang-orang lama “Tekpi” ini digunakan untuk menyelak palang pada tepi kereta lembu pada bahagian lehernya. Setibanya lanun-lanun atau perompak datang, para petani ini mencabut selak ini untuk kegunaan berlawan. Selak yang di panggil “Selak tepi” lama kelamaan sebutannya menjadi “Tekpi”.

Kunta menggunakan senjata ini adalah kerana ia bersesuaian dengan jarak dan kesesuaian tubuh. Apabila sedang bertempur, pesilat akan memastikan jarak musuh dan mengukur jarak keupayaan senjata pada musuhnya. Disini dipanggil tempur selari, dimana masing-masing dapat menggunakan senjata. Didalam Kunta, senjata yang paling merbahaya sekali ialah “kerambit”,pisau, keris kecil dan benda-benda kecil yang tajam yang boleh di genggam. Ini kerana jika senjata sedemikian berada didalam genggaman pesilat Kunta ia sudah pasti dapat membunuh atau melumpuhkan lawannya secara bertubi-tubi.

Di dalam Kunta, pesilat tidak di benarkan melangkah senjata ini kerana pantang larang yang telah di berikan pada guru. Sebenarnya senjata tersebut sudah di asap dan dibacakan dengan surah-surah suci dari ayat Al-Quran. Bukan bermakna ada penunggu di dalam senjata tersebut.

Penggunaan “Tekpi” ini di gunakan didalam jurus gerak 4,8,12,16 dan 40. Setiap langkah dan gerak mempunyai isi dan buah pukul yang tertentu. Jika tersilap saja langkah pasti tubuh akan dihinggap dengan senjata tersebut.

Selain “Tekpi”, rotan panjang juga digunakan dalam latihan. Ia juga bertujuan supaya tidak berlaku kecederaan pada pesilat.

Pakaian.

Pakaian didalam latihan Kunta tidak menekankan untuk memakai baju hitam sahaja, ini kerana Kunta mengamalkan sikap bebas memilih. Pesilat boleh memakai apa-apa pakaian yang sesuai dalam membuat latihan. Tetapi dalam seni persembahan pakaian yang di kenakan untuk membuat persempahan ialah dengan memakai baju seragam silat warna hitam dan berkain batik lepas. Dalam seni baju ini tidak ada apa-apa makna simbolik pun. Ia hanya pakaian pahlawan jawa pada zaman lampau sahaja. Memakainya menunjukkan bahawa semangat kepahlawanan dapat dirasai apbila memakai dengan sedemikian rupa.

Jurus

Didalam Kunta terdapat 4 jurus utama iaitu jurus 4, jurus 8, jurus 12, dan jurus 16. Apabila keempat-empat jurus ini di cantum terwujudlah jurus 40. IJrus 40 ini dianggil kerana campuran nombor-nombor jurus tersebut (4+8+12+16=40). Jurus ini dipercayai dicipta oleh Wak Fatah sendiri. Jurus ini beliau berkata, “Sesiapa yang mampu melakukan jurus 40 sebanyak 4 pusingan, dia adalah oang yang gagah”.

Jurus 4

Jurus ini terkandung dalam banyak rahsia ini kerana ia merupakan asas bagi gerakan kunta itu sendiri, dari langkah sehingga buah pukul turut ada rahsianya. Dalam jurus ini di lihat seperti hanya bergerak dalam bentuk empat segi dan ia bermula di satu arah hingga berpatah balik ke arah mulanya. Simbolnya ialah apabila kita bergerak pasti akan kita menghadap pencipta yang satu.

Gerak

Tumbuk dengan tangan kanan serta melangkah dengan kaki kanan dan kemudian melkukan sikuan kanan serta gerakan kaki ke kanan dan susulan tendangan kaki kanan ke arah depan dan meletakkan semula kaki ditempat awalnya, kemudian pusing badan kekiri kebelakang sambil mengalang wajah dengan tangan kiri dan disusuli dengan tumbukan kanan dan kiri dan tendangan kaki kanan dan letakkan kaki di tempat awalnya kemudian menghadap kea rah kanan dengan badan dan tangan menangkis bawah di antara dada ,perut hingga ke paras lutut. Di ulangi sehingga sampai di tempat mula semula.

Jurus 8

Jurus ini adalah tambahan pada jurus 4 namun gerakan ini boleh digunakan pada lawan yang berbadan besar, tetapi ianya sesuai di semua situasi. Jurus 8 tidak sama gerakannya cuma langkahnya sahaja sama.

Jurus 8 ini di mulakan dengan tumbukan kanan dan menarik balik tangan kanan pergi kebelakang dengan kadar pantas dalam badan keadaan kekal. Kemudian tangan di tarik bersama kaki kiri menendang juring kehadapan. Kemudian tumbuk kanan melangkah kanan dan blok ke arah kanan dan tumuk setmpat (tidak berganjak). Di ulangi gerakan sehingga sampai di tempat permulaan.

Jurus 12

Jurus ini mempunyai banyak gerakan. Ia nya di kenali sebagai jurus serangan bertubi-tubi.

Jurus 16.

Jurus 16 ini lebih dekenali sebagai jurus yang menggunakan senjata kayu panjang, ini kerana ada bahagian yang menunjukkan penggayaan memegang kayu dalam jurus ini. Dengan tumbukan kanan dan sikuan kanan dan menendang kaki kanan kehadapan, meletakkan semula kaki ke tampal asal dan melangkah kanan sambil menumbuk tangan kanan, kemudian menarik tangan dan langakah sehingga berdiri di atas kaki kanan dan kaki kiri tergantung. Kemudian menyiku kanan sambil melangkah kanan dan menghunus tangan sambil bergerak menghadap ke arah kanan sambil memhalang diri dengan tangan.