Isnin, 4 Mei 2015

Asalamualaikum, lama tak update blog ku ni,
ni ada beberapa artwork yang lama terperap dalam laptop ni, semuanya kerja time ambek master, Kajian terhadap keberkesanan penggunaan Maskot superhero bgi menarik minat orang untuk memasuki silat.





well....ape pendapat korang? ok ke? tak ok ke? sila komen.

Ahad, 9 Disember 2012

Geram dengan dugaan.

Asalamualaikum,
aku jarang bukak blog aku ni..tapi aku bukak juga sebab asek lepas geram katfacebook je.
Habis semua orang yang baca tak berapa suke ngan tindakan emosi aku tu. So, Aku tulis la kat blog.

Aku sekarang tak berapa pasti dan aku tak tau ape fasal aku camni. Ini disebabkan seroang budak bernama....aku dulu dah menyampah nak ngorat2 ni. Di sebabkan dia la aku bukak balik hati jantung aku ni..Entah kenapa die leh aku bukakkan..kadang2 rasa aku perlu bergerak, Namun dia ni,aku tak pernah rasa cinta macam ni kat eorang perempuan yang aku rasa macam dalam mimpi.
Aku kenal ngan die sejak tahun 2011. sebelum tu ada lah aku kawan ngan beberapa orang pompuan. Sorang palygirl, dan sorang tak pasti ape die buat.

Tapi cerita diorang akhirnya jadi hampas sebab mainkan perasan aku. AKu rasa aku terlampau sirius dalam bercinta. tapi, itu lah yang elok kan? takan nak bercinta main2? FUCK!

Akhirnya dua2 budak pompuan tu kene tipu dan ditinggalkan atau clash. Aku hanya tengok aje la.
ok, aku add budak ni masa bulan Mac 2011. tiba-tiba aku saja je lah nak minta nombor die, just saje2 nak kenal.then die reply and call aku tak pasal2. Aku,pon taknak lah tunjuk desperete sangat ngan budak ni, tapi cara layanan die tu, buat aku jatuh cinta pas setahun aku break ngan EX aku. Ex aku pun dah tunang.

Tapi budak ni, jadi hambar berhubng ngan aku sejak bulan Nov tahun lepas, then slow je contact ngan aku, aku tengah sirius ngan die time tu, then aku banyak kali tanye sape die kawan, ade bf ke tak. Dia just jawab "takde" then by May 2012 aku dapat tahu die ada someone. Tapi masih lagi menafikan. Aku just sabar, then hubung ngan kakak angkat nye pulak. Akak die tolong spykan untuk aku, dan memang betul ada. Seperti yang aku rasa. dan dengan itu aku sangat benang dan aku sedih ngan penipuan itu. aku tak pernah nangis sebelum ni kerana perempuan. aku pisah ngan EX aku pon takde sampai nangis camni. Tapi dalam sudut benak hati aku ni masih lagi sayang kat EX aku. Aku tak mampu nak ulang perhubungan ngan EX aku sebab dia dah ditunang ngan orang lain. Aku just nak space, tapi die tak mahu sabar dan banyak gak kata2 yang aku takleh terima dari die. tapi masa pun dah lalu, aku maafkan aje lah kesalahan die kat aku.
kembali balik, Budak pompuan, aku sayang kat die sangat-sangat. walaupun die pilih lelaki tu tanpa pengatahuan aku, tapi aku terima dengan hati yang luka tapi tenang.walaupun aku tak sanggup lepaskan.
Tapi, lepas je die ngaku tak sampai 2 minggu, lelaki tu tinggalkan die, dan die call aku untuk mengadu pada aku, aku hanya mendengar dan bagi nasihat yang elok aje lah. tapi dalam hai ni sayang masih ada. bukan kejap aku kenal, walau pun dalam talifon atau fb, aku sayang kan die dan kenal pon macam dah lama. die je mungkin tak tau camne aku sayangkan die. Aku tak tau kenapa die ada banyak bende nak rahsiakan, aku tak suke mempermainkan perempuan. begitu jugak aku tak suke dipermainkan oleh mereka.
Aku tunggu keputusan dia, die kata pas SPM akan bagi jawapan, tapi aku rasa wasa2, lepas aku tegok kat fb die ada lelaki bernama khairul, mule mengorak langkah. dan die asek berbual sahaja..aku rasa terbakar dalam diri ni.
Aku pelik, bila aku rasa die dah tak diperlukan lagi sebab sudah tak mahu berhubung ngan aku lagi, dan tak mahu lagi di hungungkan, aku unfriend die dari list fb aku, esoknya sms aku dan kata "thanks for unfriend me, I will block you forever" secara tiba2 die sms camtu. aku tak bagi tau pon sapa aku nak unfriend tu, aku rasa pelik, persoalan aku adakah die masih usha2 aku? adakah masih ada lagi minatnye cume belum lagi jawapan itu? adakah aku harus bersabar? sedangkan aku mahukan seorang teman? aku bengang aku bengang!!!!!

Dah lah, time dalam kelas master pon aku tak dapat nak kenal ngan sorang pompuan ni, yelahkan name nye Tengku, aku ni sapa, aku secara jujur nak kenal ngan die pon leh jadi takut. aku nak kenal lambat2 pon jadi terlambat..haish..aku betul2 fedap ngan pasal hal cinta dan jodoh aku ni..sabor aje la..nak kawan aje pun kalau nak kawin kang lain plak terkejut plak ko nanti..very very fuck!!!!

fedap guy,
bbye

Khamis, 10 Mei 2012

Dairi budak yatim.

Hari ini adalah first time aku menerbitkan sebuah kisah  tentang kehidupan aku yang selama ini tidak pernah orang tahu dan tidak pernah orang faham. Kewujudan aku di dunia ini adalah untuk merasai nikmat hidup sebagai hamba Allah s.w.t untuk menjadi manusia yang sejati dan menjalani proses kehidupan yang penuh dengan rasa pahit, manis, masam, masin, payau, tawar, hambar dan sebagainya. Aku akan menceritakan hikayat aku disini memandangkan tiada sesiapa pon yang kisah tentang diri aku selain keluarga aku. Maksud aku orang yang tersayang lah.
Aku masih teringat lagi sewaktu masih lagi kecil, sedang merangkak-rangkak perlahan-lahan menyusuri bawah kerusi goyang di Shah alam, rumah pertama aku duduki bersama ahli keluarga ku. Walaupon ketika masih bayi lagi, namun gambaran tersebut masih lagi kekal dalam ingatan aku. Tapi gambaran itu sudah menjadi bayangan sekarang dan aku tak pasti ianya mimpi atau realiti.
Kemudian aku berpindah ke Kelana Jaya, ketika itu umur aku dalam 4-5 tahun. Masih lagi teringat ketika aku menconteng dinding rumah. Ketika itu aku menunjukkan bakat aku.. walaupon aku suka melukis, tapi di dindng lah aku mulakan langkah itu. sama seperti zaman-zaman pra-sejarah yang mencorakkan dinding gua untuk bercerita. Di Kelana Jaya hanya cebisan memori sahaja aku dapat ingat, Jiran sebelah ketika itu sedang menjaga anak orang. Iaitu penjaga budak lah kiranya. Aku ketika itu tidak pandai bercakap, menurut Umi(mak aku) dia kata aku mempunyai masalah pertuturan atau di panggil pelat. Pelat aku ini sangat lah teruk sampaikan Umi dan Abah pun tak paham apa yang aku katakan.
Jadi jiran sebelah itu menjaga sepasang adik beradik dan aku berkenalan dengan kakaknya yang sebaya dengan aku. Nama budak itu ialah Syafinaz, tapi dalam dialek pelat aku panggil dia Sopina.. agak teruk gak aku menyebut. Mungkin telinga dan mulut aku susah nak berhubung. itu sebab bakat melukis Allah bagi kat aku terlebih skill.  Jadi, Syafinaz ini telah berkawan dengan aku dan aku pun berkawan dengan die, walau pun usia masa itu kecil dan tidak tahu apa itu sayang, nyata terbit rasa sayang itu sendiri.
Syafinaz mengajar aku cara percakapan yang betul dan sehingga aku boleh memberi kefahaman kepada Abah. Abah seorang yang penyayang dan tegas kepada anak-anaknya, walaupun begitu dia hebat dari segi pelajaran dan cara bergaul dengan masyarakat. Abah seorang yang suke keluar tabligh, kadang-kadang sampai 40 hari dia keluar. "Keluar" dalam erti kata tabligh ialah keluar ke jalan Allah, kadang-kadang aku keliru dengan perkataan tersebut. Tapi lama-lama ianya sebati dan mula memahami. Abah memang dah lama dah menyertai tabligh ni, semenjak dia duduk dekat England lagi. Mungkin sebelum tu takde lah, semasa duduk kat kampung dulu takde tabligh ni..Tapi memang aku tengok balik gambar lama, takde yang menunjukkan dia ada menyertai tabligh ketika muda remaja dahulu. Aku rasa mungkin ketika dia berada ni England baru dia ikut mubaligh ni. Tapi alhamdullillah, syukur ka hadrat Allah, ahli keluarga aku tahu serba sedikit ilmu agama dan masih lagi mengamalkan amalan Rasullullah. Walaupon jarang dah nak buat tapi masih buat.
Semasa kecil aku sentiasa mengejar kereta Abah ketika hendak pergi kerja, aku masih ingat ketika itu Abah pakai kereta Volvo biru,  sedang melambai-lambai aku sambil memberi flying kiss, ketika itu aku hanya mahukan ciuman seorang ayah yang hendak pergi kerja..hehe, tapi aku ini hanyalah anak manje..walaupon aku anak lelaki sulong dalam keluarga, tapi aku manja dengan kedua umi dan abah..
Ada sekali aku teringat tentang cerita di mana aku hilang, cerita ini aku dengar oleh Umi sendiri, menceritakan aku hilang, dia menceritakan aku hilang dari tengah hari sampai maghrib tak pulang-pulang. Kemudian menuggu kepulangan Abah untuk memberitahu kehilangan aku. Tak lama kemudian aku muncul dengan senyuman dan berkata "Umi, ijam dah balik..." hahaha, tergelak aku sambil mengingati kembali pengalaman tersebut memang aku ada keluar dari tengah hari, tapi aku tak tau hari dah lewat ke tidak tapi aku masih lagi bermain dengan jiran belakang rumah. Kecil-kecil lagi dah reti merayau. Hahaha.. seingat aku aku bermain longkang sampai gatal-gatal badan di gigit nyamuk. Hari dah malam, lalu aku terus pulang kerumah..aku tak ingat rumah siapa aku pergi hari itu, tapi seingat aku ade seorang makcik dan aku beerada di ruang dapur, dia memberi air sirap kepada aku untuk minum kerana haus. Hari semakin malam, makcik itu pun semakin risau dan menyuruh aku pulang ke rumah. Aku ketika itu masih samar-samar dengan kawasan rumah tersebut tapi seingat aku hanya lalu ikut belakang je, kemudian lalu depan rumah. sampai je depan rumah, aku pon masuk kedalam dan aku melihat Umi dan Abah sedang berdiri. Tidak ku tahu mereka sedang risau kehilangan aku. Itu lah tanda kasih sayang seorang ibu yang takut akan anaknya yang hilang..
-to be continue...

Bila aku teringat kembali cerita yang lalu itu aku merasakan yang diri aku ini adalah seorang budak kecil yang nakal dan tak peduli apa orang lain fikirkan, namun begitu keptusan aku membuatkan orang lain risau..hahaha.
Masih aku ingat lagi semasa tinggal di Kelana Jaya, aku selalu mengikuti Abah pergi ke Masjid berdekatan situ. Sebab hari-hari aku ikut, seingat aku ikut waktu solat maghrib sahaja, sebab aku melihat di kaca cermin kereta waktu sedang gelap.
Setibanya aku di dalam masjid itu, aku masih ingat warna ketika itu, warna hijau, masjid itu sangat luas bagiku, tetapi aku didukung sahaja oleh Abah dan memulakan solat bersama imam. Tetapi aku tak de lah solat, aku hanya main-main di belakang ketika itu, biasalah kanak-kanak belum cukup akal dan umur.
Bercerita tentang solat, semasa kecilku sentiasa melihat Abah dan Umi solat bersama, aku tidak tahu sewaktu itu apa yang sedang dilakukan oleh mereka. Pernah seketika, sewaktu Abah dan Umi sujud, aku naik ke belakang mereka, konon-konon naik kuda, seronok.. tapi selepas tu rasa kene cubit, terus turun..hahaha...
Pak Keni, yang selalu juga datang kerumah, mungkin zaman itu zaman belajar dia, aku teringat yang die pernah datang tapi tidak ingat apa yang berlaku. Seperti juga sedara-sedara yang lain datang melepak di rumah aku waktu itu.
Pernah waktu itu, Atok dan Nenek hendak pergi menunaikan Haji. Abah dan yang lain menghantar mereka ke airport Subang Jaya. PakNgah juga ada serta Paklang Mamat. Atok Morib juga ada ketika itu. Atok Morib adalah bapa kepada Abah. Aku panggil Atok Morib sebab dia duduk di Morib, tapi bila jumpa dengan dia aku hanya panggil Atok saja.
...
Malam, masih lagi aku ingat bagaimana aku hendak tidur, aku mengopek-ngopek bibir Umi yang kering tu sampai kadang-kadang berdarah. Sampai kene debik(bantai), hahaha...
Ada satu ketika, sewaktu Umi melahirkan A'e (Shahir) aku hanya tidur dengan Abah, bila mahu tidur seperti biasa lah aku mengopek-ngopek bibir, tapi kali ini bibir Abah..tiba-tiba aku kopek sampai berdarah. Habis kene jerit ngan abah..hahaha...
Semasa A'e di lahirkan itu aku masih lagi tak tahu, sehingga Abah bawak kami ke Hospital SJMC. Baru aku tahu yang Umi sudah melahirkan adik aku. Patut lah aku rindu dan nangis-nangis nak jumpa Umi. Masih ingat lagi gambaran itu, waktunya malam, tepi bangunan.
...
Ada satu kejadian ketika aku masih kecil, masih lagi aku ingat. Waktu itu malam, ketika itu kakak aku Kak Masyitah dan aku sedang bermain-main, entah kenapa kami berdua berkejar-kejar pula. Sedang asyik bermain dan berkejaran, aku berlari ke dapur untuk menyorok, kemudian masuk kebilik air. Waktu itu pintu bilik air zink. keras, warna silver, dan ada sikit karat-karat di bawah pintu tersebut kerana tindakbalas air dan udara.
Menjadi memori apabila ketika sedang bermain kejar-kejar, aku berlari ke dapur dan terus masuk ke bilik air dan bersembunyi di belakang pintu bilik air. Kemudian tiba-tiba akak muncul dan aku menjerit dan berlari-lari tergesa-gesa untuk keluar. Lalu pintu zink itu terapat dengan sendiri dan kaki aku tersepit dibawah pintu tersebut. Lalu kaki aku terkoyak di bahagian belakang pergelangan kaki, menyebabkan kaki aku berdarah dengan banyaknya. Lalu menjerit-jerit kesakitan. Umi tiba setelah mendengar jeritan kesakitan yang aku luahkan lalu Abah dari depan yang sedang membaca bergegas ke dapur melihat apa yang jadi. Dia terkejut melihat darah banyak keluar. Lalu dia mengeluarkan aku dari sepitan pintu itu dan membawa aku ke klinik.
Setibanya dari klinik, Abah meminta kepada pembantu klinik itu supaya dilekaskan rawatan. Kerana kecemasan itu aku di dahulukan. Seorang doktor india, berkepala botak tapi rambutnya masih ada di kelililing. Seingat aku dia memakai cermin mata.
Aku di baringkan secara meniarap dan suruh melihat gambar-gambar haiwan yang ada dileketakan di dinding klinik itu. Abah cube menenangkan aku, tapi memang aku terasa jahitan itu, setiap kali jarum masuk ke kulit aku, menangis aku dibuatnya. Setelah siap di jahit, Abah bawa pulang dan aku pun tertidur.
Semenjak itu aku jalan merangkak sahaja, kerana tak dapat hendak melangkah. mengesot-ngesot kesakitan.


to be continued...

Masih aku ingat lagi ketika itu hendak di masukkan ke sekolah tadika. Seingat aku tadika itu namanya Tadika Sri Pertiwi Kelana Jaya. Kalau masih ade lagi di sana bagus lah, boleh tahu suasananya. Aku pon hampir lupa kawasan itu.
Memang seronok apabila mendapati abah dan umi mendaftarkan aku ke sekolah tadika tersebut. Aku tak sabar hendak sekolah ketika itu. Masih ingat lagi botol air ketka itu. warna merah, kegemaran aku, bawa air oren ke sekolah tadika dan minum ketika haus. Tapi yang paling malas aku nak buat ialah bangun pagi dan pergi sekolah ketika itu.
Hari pertama aku pergi ke sekolah tadika, Umi dan Abah menghantar aku, ramai budak-budak lain sama-sama hadri ketika itu. Maka aku tidak keseorangan. ramai lagi kawan-kawan baru. Di masa sedang menghayati suasana baru di dalam kelas. Aku terlihat Syafinaz pun ada sekali di dalam kelas, mukanya monyok macam geramkan sesuatu. Tapi aku suka kerana ada kawan yang aku kenal di situ. Jadi bermulalah kelas. Ketika itu semua ibu dan bapa haru beredar dari kelas dan aku terkejut kenapa kene macam ini. Abah dan Umi keluar tinggalkan aku, aku mula menangis sebab ketatkutan di tinggalkan. Tapi aku tengok Syafinaz tenang sahaja. Aku tanya die kenapa tak takut? dia cakap nanti abah dengan Umi ambil semula.
Oh!, baru aku tahu macam itu caranya pergi ke sekolah.



Isnin, 12 September 2011

WE PROVIDE DIGITAL CANVAS PRINTING SERVICES...

NO EXTRA CHARGE FOR FULL WRAP CANVAS...TQ

- 18" x 24" = RM 80
- 24" x 24" = RM 110
- 24" X 36" = RM 145
- 36" X 36" = RM 238
- 24" X 48" = RM 210
- 36" X 48" = RM 315

Courier and packaging are charged according to the size of the frame.

Addition from the standard sizes of canvas, we also offer custom sizes to suit your requirements.

For more info....do email us and we can fulfill ur needs

Call: 013-2540275(nizam)

Jumaat, 15 April 2011

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku nak tunjuk korang beberapa idea aku untuk hasil penjualan dan sebahagian artwork aku dalam blog aku sendiri.. idea ini telah di berikan oleh kawan aku yang sendiri bukan orang seni tapi telah berikan aku idea untuk meneruskan artwork aku di mana2 permukaan.
Permukaan kali ini adalah helmet MS88.
Walaupon harga helmet ni murah boleh mendapat harga serendah RM20 sebiji, tapi jika kita melukis atasnye tentu harganya melambung tinggi, walaupon ianya hanya sekadar helmet.
Kita selalu melihat orang buat design atas helmet menggunakan "air brush" tetapi aku menggunakan "brush" sahaja. percaya atau tidak, ianya agak unik dan rumit jika di bandingkan penggunaan "air brush" bahan mediumnya aku menggunakan arcrilic sahaja, dan beberapa pen cat bagi touch up artwork aku di bahagian detail. namun kerja-kerja aku yang ni terhenti seketika kerana kurang mendapat sambutan walaupon telah di heboh di ruang sosial facebook. tapi tak apa mungkin ianya akan menjadi sebahagian bahan dan media unik untuk aku luahkan artwork aku seperti pelukis lain yang menggunakan kanvas sebagai bahan mereka.
Kadang-kadang aku tak tau kenapa bila aku letakkan harga rendah macam ni diorang tak minat. mungkin belom sampai mase or bukan selera mereka. tapi takpe, ianaya akn jadi sebagai koleksi aku.

Setiap lukisan yang aku lukis ni sebenarnya mengikut idea dan ruangan masa, jika kene ngan masa itu maka kena lah pada design tersebut. Ramai orang segan nak pakai helmet2 macamni, aku pon tak paham kenapa perlu segan, or malu-malu, sedangkan ianya dapat mewarnai jalan raya dengan memakai helmet2 yang berwana warni. Kita sepatutnya tak perlu malu sedangkan negara lain lebih utama kan seni. kenapa malaysia ni kurang menyambut kesenian itu? bukan nye menyimpang jauh dari akidah tapi ia adalah sebahgian dari kehidupan kita.


Helmet: MS88
Design: Doraemon
Harga: RM80










Helmet: MS88
Design: MonsterGreen
Harga: RM80












Helmet: MS88
Design: Green Snake
Harga:rm90
(agak rumit nak buat, lagi2 bahagian sisik.)

Jumaat, 8 April 2011

baju untuk tempahan dan jualan

1 PENDEKAR.
Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Khas kepada yang berfikiran tentang apa itu pendekar. jika dilihat pada designnya memang tiru pada logo 1 malaysia tapi intipati pada design ni adalah dimana pendekar terdahulu telah banyak menumpahkan darah dan keringat mereka demi kemerdekaan sekarang. Keris yang dipegang itu bersimbolkan tentang kepercayaannya tentang agama dan adat tradisi. darah itu simbol usaha dan semangat perjuangan. jadi marilah kita sama2 menjadi pendekar!! yeah!!

SAYA ORANG BANTING.
Rm 50 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Design ini adalah untuk mempromosi Banting di mana tempat asal aku di lahirkan..walaupon ianya tak di kenali namun terdapat beberapa tempat menarik kalau anda berada di sini.. jadi apa tunggu lagi, mari order dan jadi lah orang banting!! Yeah!!


KITA SERUMPUN
Rm 40 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Isu tentang perbalahan kaum melayu indonesia dan Malaysia tempoh hari membuatkan aku tercetusnya idea di mana kedua2 masalah negara tersebut sepatutnya tidak wujud kerana keduanya bagaikan isi dan kulit. jadi sokongan terhadap perdamaian dan kasih sayang antara makhluk.


UNDYING THURSDAY.
Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Design ini adalah promosi untuk band underground DeathMetal. tapi apa-apa hal pon ia pon boleh dimiliki.

STOP SMOKING
Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description design: Gambaran flora dan fauna di aplikasi menjadi asap rokok bagi memberikan lagi gambaran tentang kemudaratan merokok pada sekeliling alam. mari la kita berhenti merokok. demi menjaga bumi dan nyawa makhluk lain.













WOMAN SMOKER.

Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description design: demi membentuk bumi hijau dan membencikan kaum hawa merokok, design ini akan membuatkan anda rasa lebih yakin tentang ape yang anda ingin luahkan. Benci merokok dan benci kaum hawa merokok..

Rabu, 9 Mac 2011

Illustrasi...


Nur Dayana Basirah 24.Jun 2011


Nur Dayana Basirah 2.9.2011
gambar ni adalah datangnya dari janji seorang awek..aku berjanji nak lukis muke die pada suatu hari tu..so ini lah hasilnya...teknik post impression aku aplikasikan bagi menampakan sikit kesan dramatik...namun bahagian bayangnyaerlu di perbaiki dan stroke aku kurang kemas...
satu lagi artwork yang baru jugak aku buat. Hasil seni ni adalah dari teknik glazing, iaitu teknik menggunakan satu tone warna yang bertindih di atas warna lain bagi menampakkan ton yang gelap atau cerah.. teknik ni biasa digunakan dalam waterclour.. dapat jugak di aplikasikan pada Photoshop..hehe..
gambar tengkorak ni aku tiru dari tengkorak betul tapi aku warnakan semual bukan cut and paste. Di dalam lukisan ni da beberapa layer aku gunakan bagi menampakkan ianya timbul. Idea tengkorak yang di cucuk dengan wayer ni datangnya dari Cyberjaya ketika aku sedang berkerja dan amat stress otak aku membuat kerja tersebut. Jadi aku aplikasikan stress aku tu ke dalam artwork aku hasilnya amat memberangsang kan. seperti otak kita kering di sedut...mencari idea pon dah takde..yang tinggal darah.
Ni wajah kawan aku bernama Halifah dengan tunangnya. die minta aku buatkan lukisan wajahnya. jadi aku aplikasikan potret dia ngan stroke fast sketches aku, walaupon fast namun ianya kene control jugak bagi mendapatkan cahaya dan bayang yang tepat. Amat sukar bila kedua wajah berlainan ton warna. namun yang penting adalah warna asas kulit itu baru di sentuh dangan teliti bagi mendapatkan bayang dan cahaya.

Hari ni aku nak share beberapa artwork aku untuk di pertontonkan orang... aku banyak mengambil influence dari realism, expressionism, namun masih lagi mencari stroke yang sesuai untk aku aplikasikan dalam catan aku...
kesemua catan aku berkisarkan ape yang aku rasa dan aku luahkan dalam setiap catan aku..stroke yang terhasil adalah dari mood aku...tapi ada satu stroke dari Benjamin yang melukis Final Fantasi, gaya lukisan beliau membuat aku kagum dengan gaya lukisan dan subject matter yang beliau gunakan. dari situ aku mula belajar bagai mana nak aplikasikan stroke dari tangan aku sendiri.