Jumaat, 15 April 2011

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku nak tunjuk korang beberapa idea aku untuk hasil penjualan dan sebahagian artwork aku dalam blog aku sendiri.. idea ini telah di berikan oleh kawan aku yang sendiri bukan orang seni tapi telah berikan aku idea untuk meneruskan artwork aku di mana2 permukaan.
Permukaan kali ini adalah helmet MS88.
Walaupon harga helmet ni murah boleh mendapat harga serendah RM20 sebiji, tapi jika kita melukis atasnye tentu harganya melambung tinggi, walaupon ianya hanya sekadar helmet.
Kita selalu melihat orang buat design atas helmet menggunakan "air brush" tetapi aku menggunakan "brush" sahaja. percaya atau tidak, ianya agak unik dan rumit jika di bandingkan penggunaan "air brush" bahan mediumnya aku menggunakan arcrilic sahaja, dan beberapa pen cat bagi touch up artwork aku di bahagian detail. namun kerja-kerja aku yang ni terhenti seketika kerana kurang mendapat sambutan walaupon telah di heboh di ruang sosial facebook. tapi tak apa mungkin ianya akan menjadi sebahagian bahan dan media unik untuk aku luahkan artwork aku seperti pelukis lain yang menggunakan kanvas sebagai bahan mereka.
Kadang-kadang aku tak tau kenapa bila aku letakkan harga rendah macam ni diorang tak minat. mungkin belom sampai mase or bukan selera mereka. tapi takpe, ianaya akn jadi sebagai koleksi aku.

Setiap lukisan yang aku lukis ni sebenarnya mengikut idea dan ruangan masa, jika kene ngan masa itu maka kena lah pada design tersebut. Ramai orang segan nak pakai helmet2 macamni, aku pon tak paham kenapa perlu segan, or malu-malu, sedangkan ianya dapat mewarnai jalan raya dengan memakai helmet2 yang berwana warni. Kita sepatutnya tak perlu malu sedangkan negara lain lebih utama kan seni. kenapa malaysia ni kurang menyambut kesenian itu? bukan nye menyimpang jauh dari akidah tapi ia adalah sebahgian dari kehidupan kita.


Helmet: MS88
Design: Doraemon
Harga: RM80










Helmet: MS88
Design: MonsterGreen
Harga: RM80












Helmet: MS88
Design: Green Snake
Harga:rm90
(agak rumit nak buat, lagi2 bahagian sisik.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan