Jumaat, 15 April 2011

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini aku nak tunjuk korang beberapa idea aku untuk hasil penjualan dan sebahagian artwork aku dalam blog aku sendiri.. idea ini telah di berikan oleh kawan aku yang sendiri bukan orang seni tapi telah berikan aku idea untuk meneruskan artwork aku di mana2 permukaan.
Permukaan kali ini adalah helmet MS88.
Walaupon harga helmet ni murah boleh mendapat harga serendah RM20 sebiji, tapi jika kita melukis atasnye tentu harganya melambung tinggi, walaupon ianya hanya sekadar helmet.
Kita selalu melihat orang buat design atas helmet menggunakan "air brush" tetapi aku menggunakan "brush" sahaja. percaya atau tidak, ianya agak unik dan rumit jika di bandingkan penggunaan "air brush" bahan mediumnya aku menggunakan arcrilic sahaja, dan beberapa pen cat bagi touch up artwork aku di bahagian detail. namun kerja-kerja aku yang ni terhenti seketika kerana kurang mendapat sambutan walaupon telah di heboh di ruang sosial facebook. tapi tak apa mungkin ianya akan menjadi sebahagian bahan dan media unik untuk aku luahkan artwork aku seperti pelukis lain yang menggunakan kanvas sebagai bahan mereka.
Kadang-kadang aku tak tau kenapa bila aku letakkan harga rendah macam ni diorang tak minat. mungkin belom sampai mase or bukan selera mereka. tapi takpe, ianaya akn jadi sebagai koleksi aku.

Setiap lukisan yang aku lukis ni sebenarnya mengikut idea dan ruangan masa, jika kene ngan masa itu maka kena lah pada design tersebut. Ramai orang segan nak pakai helmet2 macamni, aku pon tak paham kenapa perlu segan, or malu-malu, sedangkan ianya dapat mewarnai jalan raya dengan memakai helmet2 yang berwana warni. Kita sepatutnya tak perlu malu sedangkan negara lain lebih utama kan seni. kenapa malaysia ni kurang menyambut kesenian itu? bukan nye menyimpang jauh dari akidah tapi ia adalah sebahgian dari kehidupan kita.


Helmet: MS88
Design: Doraemon
Harga: RM80










Helmet: MS88
Design: MonsterGreen
Harga: RM80












Helmet: MS88
Design: Green Snake
Harga:rm90
(agak rumit nak buat, lagi2 bahagian sisik.)

Jumaat, 8 April 2011

baju untuk tempahan dan jualan

1 PENDEKAR.
Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Khas kepada yang berfikiran tentang apa itu pendekar. jika dilihat pada designnya memang tiru pada logo 1 malaysia tapi intipati pada design ni adalah dimana pendekar terdahulu telah banyak menumpahkan darah dan keringat mereka demi kemerdekaan sekarang. Keris yang dipegang itu bersimbolkan tentang kepercayaannya tentang agama dan adat tradisi. darah itu simbol usaha dan semangat perjuangan. jadi marilah kita sama2 menjadi pendekar!! yeah!!

SAYA ORANG BANTING.
Rm 50 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Design ini adalah untuk mempromosi Banting di mana tempat asal aku di lahirkan..walaupon ianya tak di kenali namun terdapat beberapa tempat menarik kalau anda berada di sini.. jadi apa tunggu lagi, mari order dan jadi lah orang banting!! Yeah!!


KITA SERUMPUN
Rm 40 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Isu tentang perbalahan kaum melayu indonesia dan Malaysia tempoh hari membuatkan aku tercetusnya idea di mana kedua2 masalah negara tersebut sepatutnya tidak wujud kerana keduanya bagaikan isi dan kulit. jadi sokongan terhadap perdamaian dan kasih sayang antara makhluk.


UNDYING THURSDAY.
Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description Design: Design ini adalah promosi untuk band underground DeathMetal. tapi apa-apa hal pon ia pon boleh dimiliki.

STOP SMOKING
Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description design: Gambaran flora dan fauna di aplikasi menjadi asap rokok bagi memberikan lagi gambaran tentang kemudaratan merokok pada sekeliling alam. mari la kita berhenti merokok. demi menjaga bumi dan nyawa makhluk lain.













WOMAN SMOKER.

Rm 35 sehelai. kepada yang minat sila call, atau privet masseg untuk maklumat selanjutnya. trimas.

Description design: demi membentuk bumi hijau dan membencikan kaum hawa merokok, design ini akan membuatkan anda rasa lebih yakin tentang ape yang anda ingin luahkan. Benci merokok dan benci kaum hawa merokok..

Rabu, 9 Mac 2011

Illustrasi...


Nur Dayana Basirah 24.Jun 2011


Nur Dayana Basirah 2.9.2011
gambar ni adalah datangnya dari janji seorang awek..aku berjanji nak lukis muke die pada suatu hari tu..so ini lah hasilnya...teknik post impression aku aplikasikan bagi menampakan sikit kesan dramatik...namun bahagian bayangnyaerlu di perbaiki dan stroke aku kurang kemas...
satu lagi artwork yang baru jugak aku buat. Hasil seni ni adalah dari teknik glazing, iaitu teknik menggunakan satu tone warna yang bertindih di atas warna lain bagi menampakkan ton yang gelap atau cerah.. teknik ni biasa digunakan dalam waterclour.. dapat jugak di aplikasikan pada Photoshop..hehe..
gambar tengkorak ni aku tiru dari tengkorak betul tapi aku warnakan semual bukan cut and paste. Di dalam lukisan ni da beberapa layer aku gunakan bagi menampakkan ianya timbul. Idea tengkorak yang di cucuk dengan wayer ni datangnya dari Cyberjaya ketika aku sedang berkerja dan amat stress otak aku membuat kerja tersebut. Jadi aku aplikasikan stress aku tu ke dalam artwork aku hasilnya amat memberangsang kan. seperti otak kita kering di sedut...mencari idea pon dah takde..yang tinggal darah.
Ni wajah kawan aku bernama Halifah dengan tunangnya. die minta aku buatkan lukisan wajahnya. jadi aku aplikasikan potret dia ngan stroke fast sketches aku, walaupon fast namun ianya kene control jugak bagi mendapatkan cahaya dan bayang yang tepat. Amat sukar bila kedua wajah berlainan ton warna. namun yang penting adalah warna asas kulit itu baru di sentuh dangan teliti bagi mendapatkan bayang dan cahaya.

Hari ni aku nak share beberapa artwork aku untuk di pertontonkan orang... aku banyak mengambil influence dari realism, expressionism, namun masih lagi mencari stroke yang sesuai untk aku aplikasikan dalam catan aku...
kesemua catan aku berkisarkan ape yang aku rasa dan aku luahkan dalam setiap catan aku..stroke yang terhasil adalah dari mood aku...tapi ada satu stroke dari Benjamin yang melukis Final Fantasi, gaya lukisan beliau membuat aku kagum dengan gaya lukisan dan subject matter yang beliau gunakan. dari situ aku mula belajar bagai mana nak aplikasikan stroke dari tangan aku sendiri.

Isnin, 21 Jun 2010

persaan terhadap abah.

Hampir 14 tahun abah dah pergi, tapi semuanya berlaku cam semalam. semalam menangis, semalam ketawa, semalam jugak lah aku gembira bersama abah aku. ingat lagi time abah mengejar aku di dalam hujan lebat kerana marahkan seuatu yang aku pun tak paham. mungkin sebab malu dengan adek die pasal aku main sebut je perkataan yang tak patut cakap. Abah juga lah tempat aku meminta-minta barang mainan, walau kadang-kadang aku tak dapat mainan tu, tapi dapat main vedio game. abah juga yang bawak jalan-jalan pada hari sabtu setiap kali die ade kat rumah, wangian yang abah pakai akan selalu aku ingati, bile raya timbul, aku terasa kekurangan sesuatu pada setiap pagi itu. namun wangian yang tak pernah aku lupekan itu membuatkan aku rasa abah sentiasa ada di sisi. Semalam Hari Bapa, nak ucapkan pun takde siae yang nak di luahkan. namun ada juga tempat aku menganggap ayah, Cikgu Rahmat sebagai ayah angkat aku, yang mengajar sera sedikit tentang kehidupan dan sedikit ilmu silat, namun abah kandung layanannya lain sekali. kehidupan tanpanya memang sudah biasa, namun hati kecil ini sering kali excited macam tunggu dia hendak balik dari oversea. rasa macam semua itu akan kembali lagi. kenangan singat, tak sempat mengenal abah dengan dalam. adakah dia berada di dalam ku? begituakah caranya untuk mengenali dia melalui perangai aku? bagaimana......???

Rabu, 2 Jun 2010

silat kunta

Sejarah asal seni silat kunta di Malaysia.

Seni Silat Kunta ini sebenarnya berasal dari tanah jawa dan dibawa kesini (Malaysia). Asal silat Kunta ini sebenarnya telah di ilhamkan oleh Para wali dalam pertapaan mereka di tanah jawa ketika hendak mengalahkan puak ugama hindu yang mengganas ketika itu. Ia telah dibawa oleh seorang pendekar dari tanah seberang dan mengajar seorang anak muridnya yang bernama Wak Fatah. Dalam kebanyakan seni silat yang ada di rantau nusantara ini seperti Silat Chimande, Silat Gayong, Silat Harimau,dan sebagainya menggunakan ilham dari haiwan iaitu gerak haiwan. Perbezaan Seni Silat Kunta dan seni silat lain ialah gerakan langkah, fahaman, dan tidak melibatkan pergaduhan. Didalam bunyi “Kunta” itu sendiri terdapat bebrapa falsafah yang menerangkan apa itu maksud “Kunta” yang sebenarnya. Dalam huruf jawi yang memaksudkan “kunta” itu ialah huruf “Kaf” bermaksud kudrat, huruf “wau” yang bermaksud wajah, huruf “nun” bermaksud neraca, huruf “ta” ialah tertib, dan akhir sekali ialah huruf “alif” bermaksud Iman.

Didalam Silat Kunta tidak mengikat penuntutnya untuk mempelajari ilmu persilatan dari Persatuan silat lain, ini kerana Silat Kunta bukanlah satu badan Persatuan yang tetap. Seni silat Kunta ini hanyalah sekadar salah satu silat kampong yang dimana boleh dipelajari. Seni Silat Kunta ini boleh dipelajari dalam tempoh lima tahun,tiga tahun, mahupun sejam ini kerana seni silat Kunta amat mudah untuk difahamkan dan mudah dipelajari. Ada juga penuntut hanya belajar kefahaman sahaja boleh menewaskan ramai pesilat lain yang telh bertahun mempelajari ilmu tersebut. Kefahaman amat penting dalam Kunta mahupun dalam mana-mana seni silat lain. Seni silat Kunta adalah satu pembelajaran ilmu untuk dipakai sendiri.

Didalam ilmu persilatan sudah pastinya ada pantang larang dan adab yang patut di ikutkan ini kerana adalah untuk menjaga kesopanan manusia pada setiap masa. Dalam pantang larang dan adab yang di ambil berat bukan lah menjadi kesalahan apabila hendak berlatih mesti memakai pakaian khas atau mengikut undang-undang yang telah diberikan. Apabila hendak berlatih silat, Kunta tidak menggariskan undang-undang dalam bentuk pakaian, berkaki ayam atau tidak, atau pun pendatang dari persatuan seni silat lain untuk mempelajari ilmu ini. Cara pembelajarannya boleh dikatakan sepanjang hayat.

Asal Kedatangan.

Senjata Rasmi

- Senjata yang di gunakan didalam ilmu persilatan Kunta adalah banyak sekali, dari keris hinggalah ke pedang. Tetapi apa yang hendak dikatakan disini ialah senjata rasmi dimana ilmu prsilatan jarang menggunakannya, jika ditengok ia adalah senjata seperti pasukan ninja. Sebenarnya ia adalah “Tekpi”, “Tekpi” lebih dikanali sebagai “cabang” dalam nama senjata melayu, manakala orang jepun pula menyebut “Sai”. Ia sebenarnya serupa cuma dari segi bahasa dan penggunaannya sahaja berbeza. Pada pendapat orang-orang lama “Tekpi” ini digunakan untuk menyelak palang pada tepi kereta lembu pada bahagian lehernya. Setibanya lanun-lanun atau perompak datang, para petani ini mencabut selak ini untuk kegunaan berlawan. Selak yang di panggil “Selak tepi” lama kelamaan sebutannya menjadi “Tekpi”.

Kunta menggunakan senjata ini adalah kerana ia bersesuaian dengan jarak dan kesesuaian tubuh. Apabila sedang bertempur, pesilat akan memastikan jarak musuh dan mengukur jarak keupayaan senjata pada musuhnya. Disini dipanggil tempur selari, dimana masing-masing dapat menggunakan senjata. Didalam Kunta, senjata yang paling merbahaya sekali ialah “kerambit”,pisau, keris kecil dan benda-benda kecil yang tajam yang boleh di genggam. Ini kerana jika senjata sedemikian berada didalam genggaman pesilat Kunta ia sudah pasti dapat membunuh atau melumpuhkan lawannya secara bertubi-tubi.

Di dalam Kunta, pesilat tidak di benarkan melangkah senjata ini kerana pantang larang yang telah di berikan pada guru. Sebenarnya senjata tersebut sudah di asap dan dibacakan dengan surah-surah suci dari ayat Al-Quran. Bukan bermakna ada penunggu di dalam senjata tersebut.

Penggunaan “Tekpi” ini di gunakan didalam jurus gerak 4,8,12,16 dan 40. Setiap langkah dan gerak mempunyai isi dan buah pukul yang tertentu. Jika tersilap saja langkah pasti tubuh akan dihinggap dengan senjata tersebut.

Selain “Tekpi”, rotan panjang juga digunakan dalam latihan. Ia juga bertujuan supaya tidak berlaku kecederaan pada pesilat.

Pakaian.

Pakaian didalam latihan Kunta tidak menekankan untuk memakai baju hitam sahaja, ini kerana Kunta mengamalkan sikap bebas memilih. Pesilat boleh memakai apa-apa pakaian yang sesuai dalam membuat latihan. Tetapi dalam seni persembahan pakaian yang di kenakan untuk membuat persempahan ialah dengan memakai baju seragam silat warna hitam dan berkain batik lepas. Dalam seni baju ini tidak ada apa-apa makna simbolik pun. Ia hanya pakaian pahlawan jawa pada zaman lampau sahaja. Memakainya menunjukkan bahawa semangat kepahlawanan dapat dirasai apbila memakai dengan sedemikian rupa.

Jurus

Didalam Kunta terdapat 4 jurus utama iaitu jurus 4, jurus 8, jurus 12, dan jurus 16. Apabila keempat-empat jurus ini di cantum terwujudlah jurus 40. IJrus 40 ini dianggil kerana campuran nombor-nombor jurus tersebut (4+8+12+16=40). Jurus ini dipercayai dicipta oleh Wak Fatah sendiri. Jurus ini beliau berkata, “Sesiapa yang mampu melakukan jurus 40 sebanyak 4 pusingan, dia adalah oang yang gagah”.

Jurus 4

Jurus ini terkandung dalam banyak rahsia ini kerana ia merupakan asas bagi gerakan kunta itu sendiri, dari langkah sehingga buah pukul turut ada rahsianya. Dalam jurus ini di lihat seperti hanya bergerak dalam bentuk empat segi dan ia bermula di satu arah hingga berpatah balik ke arah mulanya. Simbolnya ialah apabila kita bergerak pasti akan kita menghadap pencipta yang satu.

Gerak

Tumbuk dengan tangan kanan serta melangkah dengan kaki kanan dan kemudian melkukan sikuan kanan serta gerakan kaki ke kanan dan susulan tendangan kaki kanan ke arah depan dan meletakkan semula kaki ditempat awalnya, kemudian pusing badan kekiri kebelakang sambil mengalang wajah dengan tangan kiri dan disusuli dengan tumbukan kanan dan kiri dan tendangan kaki kanan dan letakkan kaki di tempat awalnya kemudian menghadap kea rah kanan dengan badan dan tangan menangkis bawah di antara dada ,perut hingga ke paras lutut. Di ulangi sehingga sampai di tempat mula semula.

Jurus 8

Jurus ini adalah tambahan pada jurus 4 namun gerakan ini boleh digunakan pada lawan yang berbadan besar, tetapi ianya sesuai di semua situasi. Jurus 8 tidak sama gerakannya cuma langkahnya sahaja sama.

Jurus 8 ini di mulakan dengan tumbukan kanan dan menarik balik tangan kanan pergi kebelakang dengan kadar pantas dalam badan keadaan kekal. Kemudian tangan di tarik bersama kaki kiri menendang juring kehadapan. Kemudian tumbuk kanan melangkah kanan dan blok ke arah kanan dan tumuk setmpat (tidak berganjak). Di ulangi gerakan sehingga sampai di tempat permulaan.

Jurus 12

Jurus ini mempunyai banyak gerakan. Ia nya di kenali sebagai jurus serangan bertubi-tubi.

Jurus 16.

Jurus 16 ini lebih dekenali sebagai jurus yang menggunakan senjata kayu panjang, ini kerana ada bahagian yang menunjukkan penggayaan memegang kayu dalam jurus ini. Dengan tumbukan kanan dan sikuan kanan dan menendang kaki kanan kehadapan, meletakkan semula kaki ke tampal asal dan melangkah kanan sambil menumbuk tangan kanan, kemudian menarik tangan dan langakah sehingga berdiri di atas kaki kanan dan kaki kiri tergantung. Kemudian menyiku kanan sambil melangkah kanan dan menghunus tangan sambil bergerak menghadap ke arah kanan sambil memhalang diri dengan tangan.

Sabtu, 29 Mei 2010

tentang kehidupan aku.

Hai name aku Muhammad Nizamuddin bin Raus a.k.a REDBLACK, aku anak ke3 dari 6 orang adek beradik, bapak aku meninggal semasa umur 9 thn dan mak aku yang menjaga adek beradik sampai dah beso panjang. banyak pengalaman tentang perhubungan tentang kawan2 time sekolah rendah sampai lah kawan2 kat UITM. Aku ni ibarat joker dalam group, tapi kadang2 diorang lantik aku sebagai ketua gak..maybe aku berani kot nak handle, so aku ni orang yang leh gak lah panas baran. tapi tengok tempat..kalau aku pening memang lah orang tu kene maki hamun punye..tak pun kene cepuk..sabar pun tak sangat..tapi dalam hubungan istimewa aku sabar gak ngan peel orang n.. tapi ape nak buat. macam2 bagi alasan dan explaination pun tak makan. malas lah nak cakapa pape dah..taoi umur pun dah 23thn. baru habis belajar dan nak kumpul duit. Aku minat pasal ilmu bela diri seperti Silat, Ninja, Samurai dan macam2 lagi lah..tapi yang paling shok is Ninja ngan Samurai, leh belajar main pedang ngan sorok2 cam ninja..kadang2 leh jadi pencuri. badan aku ni besar dan semua cakap aku gemok.orang gemok takboleh lari, mesti pengsannya..orang besar ni leh lari tapi tak laju mane. tapi still leh lari gak. Muke aku cam bapak aku sikit.tapi banyak kehenseman aku datang dari belah mak aku. so dalam blog ni aku nak wat ape yang aku nak.hahaha..dulik lah.